MODEL PROGRAM BA100

ANGKASA akan membuat belian secara pukal daripada pembekal untuk meningkatkan jumlah belian di samping menurunkan harga kos barang.

Peruncit membuat pesanan barangan secara dalam talian melalui www.jimatbiz.com. Barangan yang ditempah akan dihantar secara terus oleh pembekal atau pusat pengedaran (DC)

Pelanggan atau pengguna boleh membeli secara terus atau membuat pesanan secara atas talian melalui www.jimatbiz.com.

Program JIMATHUB, JIMATBIZ dan JIMATSHOP merupakan antara pendekatan pengurusan dan pembekalan stok runcit yang disediakan oleh BA100 bagi membantu peruncit untuk mendapatkan stok barangan dengan lebih mudah menerusi tempahan secara dalam talian.