AKTIVITI BA100

Pembangunan Produk Koperasi

  1. Mengenalpasti koperasi-koperasi yang mengeluarkan dan mengedarkan produk untuk disenarai dan dipilih bagi program pembangunan.
  2. Mengemaskini data produk dan mengkategorikan produk-produk mengikut kluster dan tahap pengeluaran sebelum dipilih menyertai program pembangunan.
  3. Memantau prestasi pemasaran dan jualan produk-produk koperasi yang menyertai program secara bulanan dan tahunan.
  4. Menilai prestasi dan perkembangan koperasi-koperasi peserta program pembangunan bagi tujuan penambahbaikan dan pemerkasaan.
  1. Merancang dan melaksanakan program pemasaran produk-produk koperasi di dalam dan luar negara.
  2. Mengenalpasti segmen pasaran bagi tujuan penempatan produk-produk koperasi.
  3. Membantu koperasi-koperasi mempromosi produk dan perkhidmatan mereka melalui program-program yang terancang.
  4. Membentuk kerjasama dengan rakan-rakan strategik berkaitan untuk tujuan penempatan produk-produk koperasi.
  5. Menilai prestasi program-program yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan.
  6. Menyelaras dan menyebarluas program promosi dan pemasaran produk-produk koperasi secara bersepadu dan tersusun.
  7. Mengerakkan dan memperkukuhkan program promosi produk-produk koperasi dengan kerjasama strategik antara Kementerian, agensi dan pihak swasta.

Promosi dan pemasaran

Pemborongan dan peruncitan

3.1 Pembangunan pengedaran produk koperasi

  1. Merancang dan melaksanakan program selaras dengan projek-projek pengedaran barang-barang asas dan produk koperasi.
  2. Mengenalpasti kemudahan logistik dan penyimpanan yang sesuai dan efektif dalam projek pengedaran yang dibangunkan untuk Gerakan Koperasi.
  3. Memantau perkembangan aktiviti pemborongan dan pengedaran koperasi-koperasi pengedaran di bawah program yang dirancang.
  4. Menilai prestasi aktiviti koperasi dan pembangunan projek yang telah dirancang dan dilaksanakan.

     3.2 Pembangunan peruncitan koperasi

  1. Mengenalpasti dan mengumpul data koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti peruncitan bagi tujuan pembangunan projek peruncitan.
  2. Merancang dan melaksanakan program melalui projek peruncitan bagi membentuk rantaian peruncitan dalam Gerakan Koperasi.
  3. Membentuk segmen pasaran dan penempatan produk-produk koperasi yang berpotensi.
  4. Memantau perkembangan aktiviti peruncitan koperasi melalui jualan bulanan dan tahunan.
  5. Menilai prestasi program peruncitan bagi tujuan pembangunan dan penambahbaikan.