AKTIVITI BA100
Pembangunan Produk Koperasi
- Mengenalpasti koperasi-koperasi yang mengeluarkan dan mengedarkan produk untuk disenarai dan dipilih bagi program pembangunan.
- Mengemaskini data produk dan mengkategorikan produk-produk mengikut kluster dan tahap pengeluaran sebelum dipilih menyertai program pembangunan.
- Memantau prestasi pemasaran dan jualan produk-produk koperasi yang menyertai program secara bulanan dan tahunan.
- Menilai prestasi dan perkembangan koperasi-koperasi peserta program pembangunan bagi tujuan penambahbaikan dan pemerkasaan.
- Merancang dan melaksanakan program pemasaran produk-produk koperasi di dalam dan luar negara.
- Mengenalpasti segmen pasaran bagi tujuan penempatan produk-produk koperasi.
- Membantu koperasi-koperasi mempromosi produk dan perkhidmatan mereka melalui program-program yang terancang.
- Membentuk kerjasama dengan rakan-rakan strategik berkaitan untuk tujuan penempatan produk-produk koperasi.
- Menilai prestasi program-program yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan.
- Menyelaras dan menyebarluas program promosi dan pemasaran produk-produk koperasi secara bersepadu dan tersusun.
- Mengerakkan dan memperkukuhkan program promosi produk-produk koperasi dengan kerjasama strategik antara Kementerian, agensi dan pihak swasta.
Promosi dan pemasaran
Pemborongan dan peruncitan
3.1 Pembangunan pengedaran produk koperasi
- Merancang dan melaksanakan program selaras dengan projek-projek pengedaran barang-barang asas dan produk koperasi.
- Mengenalpasti kemudahan logistik dan penyimpanan yang sesuai dan efektif dalam projek pengedaran yang dibangunkan untuk Gerakan Koperasi.
- Memantau perkembangan aktiviti pemborongan dan pengedaran koperasi-koperasi pengedaran di bawah program yang dirancang.
- Menilai prestasi aktiviti koperasi dan pembangunan projek yang telah dirancang dan dilaksanakan.
3.2 Pembangunan peruncitan koperasi
- Mengenalpasti dan mengumpul data koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti peruncitan bagi tujuan pembangunan projek peruncitan.
- Merancang dan melaksanakan program melalui projek peruncitan bagi membentuk rantaian peruncitan dalam Gerakan Koperasi.
- Membentuk segmen pasaran dan penempatan produk-produk koperasi yang berpotensi.
- Memantau perkembangan aktiviti peruncitan koperasi melalui jualan bulanan dan tahunan.
- Menilai prestasi program peruncitan bagi tujuan pembangunan dan penambahbaikan.